Beza Pokok Berbuah dan Pokok Tak Berbuah

Penceramah motivasi selalu memberi perumpamaan terhadap isu yang mereka ingin sampaikan. Hari ini saya mendapat satu perumpamaan baru iaitu ‘Pokok Berbuah berbeza dengan pokok tidak berbuah’. Perumpamaan ini digunakan untuk orang yang menjalankan tugas dengan gigih dan pekerja yang kerja ala kadar, asal dapat gaji.


Pokok berbuah biasanya akan menjadi mangsa kena baling dengan kayu atau kena jolok galah dan tak kurang kena panjat sehinggalah dipatahkan rantingnya. Walaupun begitu pokok itu tetap meberikan buah yang manis kepada mereka.


Ini berbeza dengan pokok yang tidak berbuah, tiada siapa yang usik pokok ini. Paling tidak kena ugut akan kena tebang pada lepas musim kerana gagal berhasil.


Begitulah yang terjadi kepada manusia. Sesiapa yang melakukan tugas dengan gigih mereka akan menghadapi risiko dimarahi, disaman, diumpat , diejek dan difitnah. Biasanya apabila kita diuji dengan ujian yang besar ia mencerminkan ganjaran yang besar juga. Syaratnya hendaklah kita redha dan sabar.Selalulah berfikiran positif dan memaafkan orang.

Comments
0 Comments

0 comments:

_:: Follow Me ::_

 

http://3.bp.blogspot.com/-DkV0mINXNxQ/T1pGk5tUxcI/AAAAAAAABKI/BApuiIm1IiA/s1600/Untitled.png